BEBAN


DEFINISI BEBAN
 
Beban merupakan objek yang mempunyai jisim dan tarikan gravity. Suatu objek yang mempunyai jisim dan berada dalam keadaan terapung merupakan objek yang tiada medan gravity yang bertindak keatasnya, keadaan ini menunjukkan bahawa tiada daya yang bertindak keatasnya.
Kes ini dapat dilihat apabila seorang angkasawan berada di luar medan tarikan gravity. Angkasawan ini didapati terapung-apung didalam roketnya, beratnya ketika itu adalah sifar. Sekiranya terdapat medan gravity pada objek, daya magnitude F akan terhasil.

F = m x g

Dengan             F = Daya yang dihasilkan
                        m = jisim objek
                        g = graviti

JENIS-JENIS BEBAN

Beban boleh disenaraikan kepada 3 kategori yang besar seperti berikut :-

a) Beban Mati

- Beban mati merupakan beban yang sedia ada pada struktur itu sendiri, kedudukan beban jenis ini tidak boleh diubah-ubah.

b) Beban Hidup

- Beban hidup merupakan beban yang boleh dialih-alih kedudukannya. Tempat tumpuan beban boleh diubah-ubah

c) Beban angin

- Beban angin ialah beban yang terhasil akibat tiupan angin



KATEGORI CARA PENGAGIHAN BEBAN.

Beban boleh diagihkan ke atas sesuatu struktur binaan dengan perbagai-bagai cara, Terdapat 4 kategori cara pengagihan beban yang sering digunakan iaitu :-

i) Beban titik
ii) Beban teragih seragam
iii) Beban menambah seragam
iv) Beban momen

i) Beban Titik 

- Biasanya tidak munasabah mengenakan suatu daya pada suatu titik yang tidak mempunyai keluasan. Sebenarnya, keluasan tetap ada walaupun sedikit. Tetapi oleh kerana luas permukaan dianggap terlalu kecil jika dibandingkan dengan luas permukaan anggota struktur yang menerima beban tersebut, maka beban tersebut wajarlah dianggap bertindak pada satu titik sahaja.


ii) Beban teragih seragam

- Beban teragih seragam dikenali juga sebagai beban teragih segaya atau beban teragih sekata. Dalam menganalisa sesuatu rasuk konkrit bertetulang, seperti rajah 4.1, beban akibat rasuk itu sendiri merupakan beban teragih seragam, lihat rajah 4.4. begitu juga dengan berat papak, oleh kerana papak konkrit mempunyai ketebalan yang sekata, maka beban yang dihasilkan juga sekata atau seragam.

iii) Beban menambah seragam

- Beban menambah seragam adalah seperti profil binaan bata menambah dengan seragam dari tepi ke tengah rasuk, maka bebanan yang terhasil juga menambah dengan seragam dari tepi ke tengah rasuk tadi.


iv) Beban Momen

- Beban momen dihasilkan oleh sepasang daya, dan daya ini mengakibatkan suatu pintalan terhadap titik yang dikenakan itu





No comments:

Post a Comment